Hampir semua projek dan tugasan pelajar dirangka supaya mirip kehidupan sebenar. Hal ini penting bagi menyedikan mereka dengan suasana sebenar selepas bergraduat. Sebagai contoh, pelajar TMU1043 Multimedia Technology diminta menghasilkan video berdasarkan syarat pertandingan sebenar.
Mereka juga diminta menghantar terus projek kepada penganjur pertandingan sebenar. Projek berkumpulan seperti ini juga mencabar pelajar dalam memupuk semangat setiakawan, kerjasama dan kepimpinan.
Bagi kelas TMU1043 Multimedia Technology, pendekatan pembelajaran teradun sepenuhnya telah digunakan. Selepas perbincangan dalam kelas diteruskan lagi dengan meminta pelajar menghantar tugasan/komen mereka ke laman MOOC.
Aktiviti flipped-classroom juga dilaksanakan dengan meminta pelajar menonton terlebih dahulu 57 video pengajaran di YouTube. Kemudian kuiz dijalankan dengan menggunakan Kahoot bagi menilai pemahaman mereka terhadap kandungan video.
Penghasilan video dalam bentuk lakonan untuk projek berkumpulan TMU1043. Video itu kemudiannya dimuat naik ke laman MOOC untuk dijadikan bahan rangsangan bagi perbincangan forum.
Penganjuran Interactive Multimedia Product Exhibition (IMPEX 2003-2007) dan Pertandingan Reka Bentuk Animasi Kanak-kanak (PERCAK 2008-2010). Program ini adalah pentas bagi pelajar TMP1613 mempamerkan perisian multimedia hasil projek mereka.
Walaupun semua pensyarah UNIMAS menggunakan LMS, namun tidak semua yang memanfaatkan sepenuhnya fungsinya. Dalam hal ini sedikit inovasi dan kreativiti telah dilakukan supaya fungsi ini dapat disesuaikan dengan kursus. Fungsi-fungsi utama Activity dalam LMS telah digunakan dengan jayanya:
• Assignment uploads
• Attendance
• Chat
• Checklist
• Choice
• Forum
• Glossary
• Group Selection
• Turnitin Assignment
• Mindmap
Pascasiswazah
MDP1192 IT in Medicine
MC5054 Web-based Application Development
TMC5094 Multimedia Communications
EBB6173 E-Business
Prasiswazah